FAKTOR SOSIAL
PENYEBARAN AGAMA ISLAM:
Agama Islam dibawah tajuk besar sosial merupakan faktor penting kegemilangan Melaka. Sebelum agama Islam, penduduk Melaka menganuti agama Hindu Buddha dan ada yang masih dengan animism. Agama Islam telah membawa cahaya baru dalam kehidupan masyarakat Melaka justeru mengubah cara hidup mereka kepada lebih efektif dan ini secara tidak langsung membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.
Selain terkenal sebagai pusat perdagangan, Melaka juga diknali sebagai pusat penyebaran agama Islam. Ramai pedagang dan saudagar dari Arab dan India yang beragama Islam sering berkunjung ke Melaka. Kedatangan mereka ke Melaka pada zaman kesultanan Melayu Melaka saling berkait langsung dengan tujuan kegiatan perdagangan dengan perkembagan agama Islam.
Setakat ini, persoalan-persoalan mengenai pengasas negeri Melaka, tarikh penubuhannya, dan juga tarikh kemangkatan pemerintah pertama Melaka mungkin sukar hendak dijelaskan. Walaubagaimanapun, satu perkara yang masih menjadi tanda Tanya ialah adakah pemerintah pertama Melaka memeluk agama Islam sebelum kemangkatannya. Menurut Hukum Kanun Melaka, Sultan Iskandar Syah merupakan raja pertama yang memerintah Melaka serta yang pertama memeluk agama Islam di Melaka.
Pelbagai cara telah digunakan oleh baginda untuk menarik kedatangan pedagang-pedagang Islam ke Melaka. Antaranya, baginda telah mengahwini puteri Pasai yang juga beragama Islam dan menukar nama baginda kepada Megat Iskandar Syah. Pasai pada waktu itu merupakan antara negeri terawal di kepulauan tanah melayu yang menjadikan agama Islam sebagai agama rasmi kerajaan.
Kesan daripada pengislaman Raja Melaka pada waktu itu ialah agama Islam turut dianuti oleh rakyat Melaka. Dengan menganuti agama Islam, budaya Islam turut disebarkan dan meresap ke dalam masyarakat tempatan. Contohnya, adat istiadat keagamaan yang terdiri daripada sejadah ke masjid pada malam dua puluh tujuh Ramadhan. Kesan seterusnya ialah pengislaman di Melaka telah membawa kepada perkembangan agama Islam ke serata tempat di Tanah Melayu seperti di kerajaan-kerajaan kecil lain di sekitar Melaka.
Dengan penyebaran agama Islam di Melaka, budaya pemikiran dalam kalangan penduduk Melaka berubah. Melalui agama Islam ini, kelas atasan iaitu golongan Raja sebagai pemerintah mendapat kekuatan dan kuasa yang besar, berkesan dan lebih bermakna terhadap undang-undang tertinggi kerajaan dan kedaulatan. Apabila Islam menjadi dominan dalam kebudayaan Melayu di Melaka, raja yang memerintah dianggap sebagai Khalifatullah fi al ard (khalifah Allah di dunia). Raja dianggap khalifah Tuhan di dunia untuk memerintah umat Islam. Kepercayaan sejagat Tuhan dan Rasul juga digabungkan dengan konsep daulat. Derhaka terhadap raja bermaksud derhaka terhadap Rasul seterusnya kepada Tuhan.
Islam dikatakan telah member warna baru terhadap institusi setempat terutamanya hokum-hukum adat yang dikaitkan dengan undang-undang dan syariat Islam.
Hukum adat di Melaka dan undang-undang laut Melaka.Dalam Undang-undang Laut Melaka,Hukum yang menurut undang-undang islam hanya jelas pada satu fasal sahaja,iaitu berhubung dengan kesalahan zina.Namun,dalam Hukum Kanun Melaka, hamper 40.95% adalah menurut undang-undang Islam. Walaubagaimanapun, Hukum Kanun Melaka di sini ‘ketat’ cirinya dan dilakukan dengan sewenang-wenangnya tanpa tiada sifat ‘tolak ansur’ seperti terdapat dalam al-Quran.
Perkembangan agama Islam juga telah menyumbang kepada perkembangan mental dan intelektual masyarakat setelah tulisan jawi diperkenalkan di Melaka. Dengan ini jelas, lahirlah intelek-intelek istana dalam kalangan pembesar-pembesar, bangsawan dan tokoh agama yang berbangsa melayu. Perkembangan ini telah member jalan kepada kemunculan pelbagai jenis hasil kesusasteraan Melayu Islam dan juga pelbagai jenis bentuk sastera, prosa, puisi (seloka, pantun, gurindam) yang berbentuk lisan dan masyhur dalam kalangan rakyatnya.
Dengan tersebarnya agama Islam ke seluruh negeri Melaka, berlaku plbagai perubahan. Antaranya, seperti yang diketengahkan tadi iaitu kuasa sultan yang dimartabatkan, pemerintahan Melaka memasukkan unsur-unsur Islam dalam pemerintahan di negeri sendiri dan seterusnya di negeri naungan dan taklukan. Pedagang juga dapat melihat sendiri Islam dalam amalannya dan raja-raja negeri lain turut ingin mencontohi Melaka. Pedagang Islam turut mendapat jaminan keselamatan dan disediakan tempat untuk beribadah. Justeru, fungsi istana sebagai pusat penyebaran Islam bertambah kukuh.
Reaksi positif orang tempatan terhadap agama Islam tentu menarik perhatian ramai ulama dan mubaligh Islam yang terdiri daripada para pedagang, mubaligh dan para ahli sufi yang menjalankan kegiatan dakwah Islamiyah. Contoh ahli ulama dan ahli sufi yang terkenal adalah seperti Sayyid Abdul Aziz, Abu Bakar, Sadar Jahan dan Karim al-Makhdum. Mereka menggunakan gelaran seperti Maulana dan Makhdum dan mempunyai pengaruh agama yang sangat kuat. Mereka telah dilantik untuk mengajar agama kepada penduduk. Sebagai penyebar agama yang gigih di rantau ini, Melaka telah melahirkan tokoh agama dan pengkaji Islam yang terdiri daripada peribuminya sendiri. Contohnya ialah Tun Muhammad yang fasih dalam ilmu sarf, pengetahuan fikah dan nahu Arab. Dengan adanya ulama dan para ahli sufi, keperluan kerohanian raja-raja kea rah mencapai dan mengukuhkan daulat serta hak asasi politik dalam sistem pemerintahan berjaya dicapai.
SISTEM MASYARAKAT DAN HIERARKI SOSIAL.
Salah satu faktor yang turut membawa kepada kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka ialah system masyarakat di Melaka. Pada waktu itu, wujud sistem sosial yang kompleks dan mempunyai kaitan dengan kegiatan ekonomi dan perdagangan. Selat Melaka dapat dikategorikan sebagai selat yang dikunjungi oleh pelbagai bangsa masyarakat dan turut didiami oleh pelbagai kaum.
Pada asalnya Melaka hanya didiami oleh peribumi Melaka yang terdiri daripada orang melayu tempatan. Walau bagaimanapun, dengan peranan sosiobudaya asing yang singgah dan menetap di Melaka, akhirnya wujud pelbagai jenis institusi peribumi yang wujud dan turut terlibat dalam pelbagai jenis kegiatan ekonomi dan sebagainya. Walhal sebagai sebuah kuasa kelautan, Melaka adalah Bandar pelabuhan kosmopolitan. Melaka terdiri daripada rakyat yng berbilang kaum. Orang tempatan yang terdiri daripada orang melayu mengekalkan persefahaman yang sewajarnya seperti yang dikehendaki oleh kerajaan melayu Melaka yang bergantung kepada aktiviti kelautan, pedagang dan saudagar yang berniaga disitu. Hal ini secara langsung membawa kepada pertembungan antara masyarakat tempatan dan luaran.
Orang laut yang sering dirujuk sebagai orang selat ialah masyarakat yang tinggal di persisiran pantai dan menjaga atau menguasai kawasan tersebut. Orang laut mempunyai peranan yang sangat penting dalam kegiatan kelautan di Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. Orang laut dikatakan telah banyak membantu Parameswara meninggalkan Singapura dan Muar. Jadi, penggabungan tenaga antara raja pada masa itu dengan orang lauttelah membawa kepada kekukuhan Kesultanan Melayu Melaka. Kekukuhan ini menjadi sumber tenaga yang sangat besar untuk meningkatkan kegiatan dan cabaran ekonomi, politik, ketenteraan, dan sosial pada tahap-tahap yang berikutnya.
Pada zaman itu, seperti yang diketahui, Selat Melaka terdiri daripada pelbagai bangsa dan etnik yang berasal daripada Negara China, India, Tanah Arab, dan Parsi selain daripada beerapa buah Negara jiran di Nusantara. Kepentingan masyarakat majmuk ini amat ditekankan sehinggalah terdapat fakta yang mengatakan Iskandar Syah yang adil amat menggalakkan orang ramai serta para saudagar dating berdagang dan bertumpu di Melaka. Maka, denagan ini juga wujudlah masyarakat yang bercorak cosmopolitan, sehinggalah pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin, rakyat Melaka mencecah kepada 40 ribu orang. Kemunculan masyarakat yang sedemikian adalah kerana kedudukan dan peranan sosioekonomi tradisional Melaka itu sendiri.
Pertambahan rakyat dari semasa ke semasa dan kegiatan yang dijalankan membawa kepada pengelasan masyarakat mengikut peranan tertentu di Melaka. Kelahiran golongan masyarakat inilah yang menyebabkan wujudnya ‘kelas-kelas’ dalam masyarakat. Pengelasan ini dipercayai bermula daripada tradisi persetiaan antara Sang Sapurba (lambang kelas pemerintah) dengan Demang Lebar Daun (kelas yang diperintah) di Palembang.
Pada masa yang sama, agama Hindu turut meletakkan raja di tempat teratas dengan konsep ‘dewa raja’, seterusnya agama islam yang menggelar ‘khalifah Allah di dunia’. Ini menjadikan kedudukan raja berada di tempat yang suci. Kedudukan ini dengan jelas dapat dilihat di Melaka yang mana terdapat pembahagian antara golongan pemerintah dan yang diperintah. Pihak pemerintah terdiri daripada Raja (sultan) yang mempunyai daulatnya yang tersendiri serta pembesar dan bangsawan manakala golongan yang diperintah pula merupakan rakyat merdeka dan hamba. Dalam kalangan mereka, wujud juga golongan agama.
Setiap anggota masyarakat sedar akan kelas yang mereka duduki. Seperti juga bidang kuasa sultan yang tidak terhad dan berkuasa mutlak, namun perlu bersikap adil demi memastikan kebajikan rakyat terjamin. Golongan pembesar pula yang terdiri daripada kaum kerabat dan bukan kaum kerabat juga memastikan bahawa tugas mereka dilakukan dengan baik. Pembesar bukan daripada kerabat diraja tidak akan mendakwa mereka daripada keturunan raja. Hakikat ini terbukti secara bertulis dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka. Rakyat perlu menjalankan tugas mereka iaitu menyokong institusi raja dan pembesar dalam seluruh rangka system dan organisasi kerejaan, contohnya sebagai pemangkin ekonomi berteraskan cucuk tanam dan perikanan, manakala hamba perlu melakukan pelbagai jenis kerja untuk kepentingan dan keperluan status ekonomi tuannya. Golongan hamba pada masa itu amat penting kerana dapat meninggikan taraf hidup tuannya. Hamba terdiri daripada hamba biasa, hamba berhutang dan hamba raja.
Orang asing yang berhijrah ke Melaka juga mempunyai tugas dan peranan yang tersendiri. Contohnya orang Cina yang bergiat aktif dalam perlombongan bijih timah dan peniaga. Orang Jawa pula berperanan sebagai ulama dan guru agama kepada masyarakat Melaka. Orang India pula pada waktu itu amat ramai dan mendapat perhatian istimewa terutamanya yang beragama Islam daripada Kesultanan Melayu Melaka.
KONSEP DAULAT DAN DERHAKA
Dalam konsep daulat dan derhaka, Raja yang memerintah dianggap berdaulat. Daulat juga dihubungkan dengan konsep spiritual dan kepercayaan tradisi tentang derhaka. Daulat saling berhubungan demgan derhaka. Sesiapa yang ingkar perintah raja dianggap menderhaka. Mereka akan ditimpa ‘tulah’ iaitu nasib buruk yang akan menimpa si penderhaka. Contoh beberapa bentuk penderhakaan kepada raja dapat dirujuk dalam Hukum Kanun Melaka. Antaranya membunuh orang yang membawa titah raja, menyangkal titah raja, bermaharajalela, dan cuba menentang raja. Si penderhaka samada dibunuh denagan sara disalang atau disula. Sejarah melayu menyebut bahawa Sang Rajuna Tapa, iaitu Penghulu Bendahari kepada Raja Iskandar di Singapura, telah ditimpa tulah dengan menjadi batu kerana bersubahat dengan Majapahit menyerang Singapura. Walau bagaimanapun, ini hanyalah sekadar sumber lisan dan tidak direkodkan. Pada hakikatnya, kepercayaan adanya daulat dan derhaka itulah yang menjadi teras kuasa dan hak mutlak kerajaan Melaka sebagai pemerintah yang patut dihormati dan digeruni oleh golongan masyarakat yang diperintah.
PENGGUNAAN BAHASA LINGUA FRANCA.
Sebagaimana kita ketahui bahawa Melaka adalah Bandar pelabuhan cosmopolitan kerana didiami oleh pelbagai kaum atau suku. Orang melayu tempatan yang menjadi teras anggota masyarakat jenis ini mengekalkan perpaduan dan persefahaman sewajar dengan yang dituntut kerana Melaka bergantung pada kepentingan laut dan saudagar-saudagar asing yang dating dan berniaga disitu. Oleh sebab adanya peluang social tertentu, ada juga orang asing ini yang turut sama terlibat dalam proses dan sejarah perkembangan masyarakat rakyatnya.
Intergrasi antara kelas melayu daripada kalangan diraja dan bangsawan dari Palembang ini dengan Orang Laut dan suku-sukunya telah melahirkan perpaduan masyarakat yang sangat kukuh. Kekukuhan ini menjadi sumber tenaga yang sangat besar untuk meningkatkan kegiatan ekonomi, politik, ketenteraan, dan social di Melaka.
Kedatangan pedagang-pedagang asing dari seluruh pelusuk dunia seperti China, India, Parsi dan semenanjung Tanah Arab telah menyebabkan wujudnya pelbagai jenis bahasa di Melaka. Pada awal pemerintah Iskandar Syah, masyarakat Melaka yang berjumlah lebih daripada 1,000 orang telah meningkat menjadi lebih kurang 40,000 orang dan meningkat kepada 190,000 orang semasa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Syah. Dianggarkan terdapat 84 jenis bahasa di Melaka tetapi bahasa Melayu dipilih sebagai bahasa perantaraan atau ‘Lingua Franca’ untuk memudahkan segala urusan samada politik, ekonomi, dan social. Bahasa Melayu ini dijadikan bahasa rasmi untuk surat-menyurat dalam hubungan diplomatic Melaka dengan negeri-negeri asing. Jelaslah disini bahawa penyelarasan Lingua Franca ini telah memudahkan segala urusan di Melaka seterusnya menjadi salah satu factor terpenting yang mendukung kegemilangan Melaka sebagai satu pelabuhan yang unngul.
No comments:
Post a Comment
Cadangan/komen anda: