POLITIK



SUSUN LAPIS PEMERINTAHAN MELAKA

Pada kurun ke-15 masihi dan 16 masihi melaka telah menjadi pusat kegiatan politik di Alam Melayu,ekoran daripada sistem petadbiran yang sistemetik.

Sistem pentadbiran di Melaka mampunyai susun lapis pemerintahan mengikut heiraki iaitu pemerintahan yang tergolong daripada golongan yang memerintah dan golongan yang diperintah.Golongan pemeritah tergolong daripada Raja atau Sultan ,kerabat diraja dan para pembesar, manakala golangan yang diperitah pula terdiri daripada artisan, para pedagang, rakyat biasa dan hamba. 

Sistem heiraki di Melaka.

Kestabilan politik Melaka pada peringkat awal dikatakan bermula daripada kebijaksanaan pemerintahnya iaitu Parameswara yang bijak yang memeritah dan mentadbir politik Melaka. Hal ini kerana parameswara mempunyai pengalaman berpolitik dan mentadbir, iaitu pengalaman semasa memjadi Raja di Palembang dan Singapura yang membolehkan Parameswara marancang skema untuk memajukan Melaka.


Dalam mengawal dan menstabilkan politik, Sultan memainkan peranan yang terpenting. Sultan menduduki heiraki teratas yang berkuasa mutlak. Hal ini dapat dilihat kerana Sultan mempunyai kuasa dalam semua perkara. Cotohnya, Sultan berhak menjatuhkan apa sahaja hukuman terhadap pesalah dan penderhaka. Perlantikan Sultan adalah bardasarkan keturunan iaitu dimana putera sulung akan menggantikan Sultan
dalam pentadbiran negeri selapas kemangkatan sultan.


Sultan sebagai pemerintah.

Karisma dan daya kepimpinan Parameswara tentu tidak bererti jika tanpa para pembesar. Premis kewibawaan politik dan kepimpinan yang dimiliki oleh Parameswara disokong pula oleh para pembesar dan menterinya. Sejarah Melayu dengan jelas mengatakan bahawa semasa memerintah Singapura, Parameswara dibantu oleh para pembesarnya sebagai jentera pemerintah bagi menjalankan dasar kerajaannya. Secara umum, hierarki para pembesar ini adalah seperti berikut :-

PENTADBIRAN YANG SISTEMATIK
  • Bagi melicinkan urusan pentadbiran, Sultam Melaka telah mengadakan satu sistem pentadbiran yang tersusun dan dikenali sebagai Sistem Pembesar Empat Lipatan. 
  • Sistem Pembesar Empat Lipatan terdiri daripada kumpulan pembesar yang menjadi pegawai tadbir kerajaan Melaka. 
  • Dalam sistem ini, sultan mengetuai pemerintahan. 
  • Baginda dibantu oleh 4 orang pembesar yang dikenali sebagai Pembesar Berempat. Mereka terdiri daripada Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggung dan Laksamana. 
  • Pembessar Berempat dibantu oleh Pembesar Berlapan, Pembesar Enam Belas dan Pembesar Tiga Puluh Dua. 
  • Pembesar-pembesar ini mempunyai tugas dan tanggungjawab masing-masing 


Peranan sultan:
  • Menyelaras semua kegiatan ekonomi 
  • Menjadi lambang perpaduan rakyat 
  • Mengetuai hubungan diplomatik 
  • Menjadi ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu 
  • Mengetuai angkatan tentera 
  • Melantik pembesar negeri

Sistem Pembesar Empat Lipatan
Bendahara
  • Menjadi penasihat sultan 
  • Menteri utama 
  • Ketua turus angkatan perang 
  • Ketua hakim 
  • Pemangku sultan 

Penghulu Bendahari
  • Menjadi pemungut hasil atau ufti 
  • Ketua segala bendahari 
  • Ketua urus setia istana 
  • Ketua segala syahbandar 

Temenggung
  • Menjadi ketua polis dan penjara 
  • Penguasa Bandar dan Kota Melaka 
  • Ketua protokol istana 
  • Hakim di darat 

Laksamana
  • Menjadi ketua angkatan laut 
  • Ketua duta 
  • Pengawal peribadi sultan 
  • Utusan rasmi kerajaan

  • Sokongan padu dan taat setia daripada pembesar kepada sultan sangat penting untuk membina kerajaan yang kuat dan maju. 
  • Untuk meningkatkan sokongan, Pembesar Berempat dianugerahkan "kawasan pegangan" iaitu kuasa untuk mentadbir kawasan. 
  • Muar dan Bentan dipegang oleh Bendahara 
  • Sening Hujung dan Kampar dipegang oleh Penghulu Bendahari 
  • Temasik dipegang oleh Laksamana 
  • Sungai Raya dan Siantan dipegang oleh Hulubalang 
  • Sultan melantik pembesar lain seperti pembesar di kawasan jajahan dan daerah untuk memungut cukai. Kawasan memungut cukai ini dipanggil "kawasan pemakanan". Lazimnya, pembesar akan menghadap dan mempersembahkan ufti kawasannya kepada sultan.
(a) Bendahara
Bendahara adalah bapa mentua raja. Tokoh yang pertama menjadi Bendahara Melaka bergelar Seri Wak Raja.

(b) Perdana Menteri

Penyandang jawatan ini adalah kerabat diraja juga, iaitu Raja Anum. Gelarannya ialah Seri Amar Diraja. Sejarah Melayu versi tahun 1612 menyebut bahawa tokoh yang kedua menyandang jawatan ini ialah Tun Perpatih Besar anak Tun Perpatih Permuka Bejajar, Bendahara Singapura yang pertama.

(c) Penghulu Bendahari

Penghulu Bendahari adalah menantu Bendahara. Penyandangnya juga adalah daripada kalangan Kerabat diraja, iaitu Raja Kecil Muda dan bergelar Seri Nara Diraja.



Seperti yang telah disebutkan lebih awal, pembesar-pembesar utama ini dibantu oleh pembesar-pembesar seperti bentara, sida-sida dan para Biduanda. Kemuncak sistem berkerajaan ini ialah raja. Baginda digelar Raja atau Duli Yang Dipertuan. Gelaran Sultan mula digunakan apabila Seri Maharaja menjadi Raja Melaka yang ketiga dengan gelaran Sultan Muhammad Syah. Baginda dikelilingi oleh kerabatnya sendiri yang termasuk keluarganya, seorang Bendahara dan penghulu Bendahari terawal yang merupakan adinda raja kerabat yang terhampir. Tome Pires melaporkan bahawa ketika Parameswara berangkat dari Muar ke Melaka, baginda pernah berkata, “…with my wife and house.” 



Sistem Pentadbiran Melaka semakin berkembang dan bersistematik selaras dengan perkembangan dan kekompleksan kerajaannya. Bilangan para pembesar yang paling asas yang diwarisi sejak zaman Singapura dahulu bertambah dari semasa ke semasa supaya sesuai dengan kehendak dan kehendak sosial, politik dan ekonomi semasa. Raja Melaka yang kedua, Raja Besar Muda ( Megat Iskandar Syah ) disebut oleh Sejarah Melayu sebagai ‘memerintah istiadat takhta kerajaan baginda’. Antara peraturan yang ditentukan oleh baginda ialah mewujudkan menteri yang bertanggungjawab menyusun istiadat di Balairung, melantik para bentara yang bertugas di Balairung dan melantik para biduanda.Tokoh yang memainkan peranan untuk melengkapkan lagi istiadat dan sistem pentadbiran ialah Raja Kecil Besar ( Sultan Muhammad Syah, 1424-1444 T.M. ) Beliau dikatakan telah ‘mengatur takhta kerajaan baginda’. Sejarah Melayu telah menerangkan dengan terperinci tentang pelbagai jenis peraturan, tanggungjawab individu di istana, memastikan berbagai-bagai bidang kuasa para pembesar, menentukan hak serta bidang kuasa raja Melaka, memformalkan amalan adat serta istiadat yang berhubung dengan peraturan berkerajaan dan penentuan protokol.


Para pembesar berkumpul.

Dua pembesar atau menteri utama yang diwujudkan pada ketika itu ialah Temenggung dan Seri Bija Diraja. Keadaan pada masa itu memerlukan kedua-dua jawatan ini diwujudkan kerana masyarakat serta corak bandar Melaka yang semakin kompleks. Oleh sebab keamanan Melaka perlu diberi perhatian yang wajar maka wujudlah jawatan Temenggung untuk mengatasi keamanan disamping mengawal perjalanan urusniaga negeri. Dengan kehadiran Orang Laut sebagai tenaga utama untuk mengawal keselamatan diperairan Melaka bagi menggalakkan perdagangan maka diwujudkanlah jawatan Seri Bija Diraja sahaja ketua ketumbukan hulubalang di darat dan di laut ini.

Orang Laut menjaga keselamatan di perairan.

Kewujudan jawatan Syahbandar sukar untuk ditentukan. Jawatan yang penting ini muncul selari dengan kemunculan Melaka sebagai pelabuhan perdagangan dan entrepot. Hal-ehwal pelabuhan yang semakin kompleks dengan urusniaga, dan menjadi nadi kehidupan Melaka ketika itu menyebabkan Undang-Undang Melaka meletakkan taraf jawatan Syahbandar ke taraf Pembesar Empat untuk melancarkan aktiviti perdagangan.


Jawatan dan institusi Laksamana pula wujud semasa pemerintahan Sultan Mansor Syah ( 1456-1477 ). Jawatan ini pada awalnya ‘ditempelkan’ oleh Ratu Majapahit, kemudian diformalkan oleh Sultan Mansor Syah. Orang yang pertama menyandang jawatan ini ialah Hang Tuah. Kedudukan jawatan ini di istana adalah setara dengan Seri Bija Diraja kerana kedua-duanya memikul pedang kerajaan secara bergilir-gilir. Oleh yang demikian, tugas dan bidang kuasa Laksamana adalah sama dengan tugas Seri Bija Diraja. Tetapi apabila institusi Laksamana ini semakin kukuh dan berpengaruh di Melaka, taraf jawatan Seri Bija Diraja pula didapati semakin menurun.

No comments:

Post a Comment

Cadangan/komen anda: