Pendahuluan
Sistem pendidikan di Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dan sistem pendidikan selepas kemerdekaan. Sistem pendidikan sebelum kemerdekaan dibahagikan kepada tiga iaitu sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah, sistem pendidikan di zaman pemerintahan Jepun dan sistem pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris. Zaman pemerintahan Inggeris memberi kesan yang besar kepada sistem pendidikan di negara ini sehingga kini. Umumnya, sistem pendidikan dibahagikan kepada empat iaitu pendidikan rendah, pendidikan menengah, pendidikan tinggi, dan sekolah agama rakyat.
Sebelum Kemerdekaan
Tiga zaman menunjukkan kepelbagaian dan perubahan sistem pendidikan di Tanah Melayu (Malaysia).
Pertama, sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah. Sistem pendidikan sebelum kedatangan penjajah adalah bersifat tidak formal. Sistem pendidikan telah wujud di negara ini sejak zaman kegemilangan kesultanan Melayu Melaka. Sistem pendidikan pada zaman ini adalah berasaskan kepada pengajaran al-quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, kerohanian dan seni mempertahankan diri. Pendidikan wujud dan berkembang bersama-sama dengan pengembangan agama Islam di negari-negeri Semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan Melayu pada abad ke 14. Pedagang Arab dan India yang beragama Islam datang ke kawasan Asia Tenggara. Pada zaman ini telah wujudnya institusi pendidikan yang dinamakan Sekolah Pondok. Sekolah Pondok dibangunkan dan dimajukan bersama-sama secara gotong royong di kalangan masyarakat setempat. Pada abad ke 18 dan 19 di Terengganu, Kelantan dan Kedah yang paling banyak sekolah pondok. Ramainya tokoh-tokoh agama muncul menyebarkan agama Islam di Semenanjung Tanah Melayu. Sekolah pondok juga merebak di Semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura. Sehingga sebelum abad ke-20 masih tiada sistem dan organisasi pendidikan berbentuk formal.
Peranan istana sebagai pusat ilmu:
- Tempat berkumpul golongan cerdik pandai seperti jurutulis, pengarang dan ulama
- Pusat terjemahan dan menyadur karya sastera Arab dan Parsi
- Tempat penghasilan undang-undang
- Tempat menyimpan karya buku hasil penulis tempatan dan asing
- Tempat mengadakan perbincangan dan perdebatan alim ulama tentang Islam
Tempat berkumpul cerdik pandai:
Pengarang: Jurutulis:
Mengarang sejarah Mengarang surat rasmi raja
Menghasilkan pelbagai jenis kesussasteraan Menggubal perjanjian
Menyusun salasilah raja Menjadi guru kepada anak-anak raja
Mencatat diari istana
Bahasa ilmu pengetahuan
Bahasa persuratan
Bahasa untuk menyampaikan dakwah Islamaiah
Perkembangan tulisan jawi
Agama dan ilmu pengetahuan merupakan dua perkara yang saling berkait dan pengaruh mempengaruhi,boleh diibaratkan sebagai roh dengan jasad bagi sesuatu badan. Tidak bergerak jasad tanpa roh begitu juga tidak berfungsi roh tanpa jasad. Tidak sempurna iman seseorang tanpa ilmu pengetahuan begitu juga tidak berperanan ilmu secara hakikinya tanpa iman.
- Di Melaka, sultannya yang pertama, Megat Iskandar Shah 1414 Masihi hingga sultan-sultan yang akhir sebelum tahun 1511 Masihi begitu mengambil berat tentang perkembangan pelajaran dan pendidikan Islam.
- Bukan sahaja rumah-rumah, masjid dan surau berperanan sebagai pusat pengajian Islam bahkan juga istana-istana sultan. Fungsi istana selain dari tempat belajar dan bermuzakarah ianya berperanan sebagai perpustakaan, tempat penterjemahan dan penyalinan buku-buku.
- Rakyat digalakkan belajar di mana-mana sahaja pusat pengajian ketika itu dengan memberi penekanan intensif terhadap pengajian al-Quran dan asas agama.
- Hasil dari kegiatan pengajian Islam yang dipelopori dan diawasi oleh sultan-sultan bukan sahaja dapat menghapuskan buta huruf bahkan dapat melahirkan tokoh-tokoh agama dari kalangan tempatan. Dikatakan Raja Alauddin Riayat Shah (1477 - 1488 Masihi) sendiri adalah seorang ulama.
- Pengajian Islam di Melaka sudah sampai ke tahap yang tinggi dan ianya bukan menjadi peringkat pengajian yang semata-mata diletak ke bahu rakyat bahkan golongan raja-raja dan pembesar sama-sama terlibat. Berpunca dari kemajuan ilmu pengetahuan itulah menjadikan Melaka begitu kuat berpegang dengan ajaran Islam di samping menjadi pusat penyibaran Islam yang terpenting di Asia Tenggara ketika itu.
- Agama Islam menyebabkan lahir satu pendidikan yang teratur dan sistematik. Pendidikan agama yang diajar di masjid dan surau dikembangkan menjadi pendidikan yang lebih praktikal, yang dikenali sebagai sekolah pondok. Sistem pendidikan pondok menjadi asas kepada masyarakat di Nusantara untuk melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah dalam pendidikan Islam.
INSTITUSI PENDIDIKAN DI MELAKA;ISTANA,RUMAH GURU DAN MASJID
Pada peringkat awal,pusat pendidikan adalah di istana.Pada zaman kesultanan Melayu Melaka,pendidikan yang mendapat keutamaan ialah pendidikan Islam.Istana juga dijadikan perpustakaan atau tempat penterjemahan dan penyalinan.Contohnya,Hikayat Amir Hamzah,Hikayat Muhammad Ali Hanafiah,dan al-Durr al-Manzum telah disimpan dan menjadi bahan bacaan di Istana.Selain istana,terdapat juga tempat-tempat lain yang menjadi pusat pengajian di Melaka seperti rumah maulana,madrasah,surau,masjid dan sebagainya.
Mengikut catatan Ibnu Batutah seorang pengembara berbangsa Arab,istana raja Pasai merupakan pusat pengajian Islam yang terulung pada abad ke-14 Masihi.Perbincangan dan perdebatan isu-isu agama sering diadakan di istana sultan.Perbincangan turut disertai oleh para ulama dan Sultan Pasai ketika itu iaitu Sultan Malik al-Zahir.Sementara itu,istana Melaka juga menjadi tempat perbincangan ilmu agama dan pusat pengajian bagi putera-putera raja di seluruh alam Melayu. Ia juga berfungsi sebagai perpustakaan dan pusat penyalinan juga tempat penterjemagan. Raja-raja Melaka seperti Sultan Mansur Shah dan Sultan Mahmud Shah pernah mempelajari ilmu agama di istana malahan mereka telah memerintahkan pegawai -pegawai kerajaan mempelajari ilmu agama. Istana raja-raja Melayu menjadi pusat pendidikan penting bagi anak-anak raja daripada goglongan bangsawan di samping menjadi pusat tumpuan ahli-ahli bijak pandai dan para ulama.
Tokoh agama sebahagian besar terdiri daripada bangsa Ara. antaranya, Makhdum Sayid Abd Aziz, Kadi Yusuf, Maulana Abu Bakar, Maulana Sadar Johan, Kadi Munawar Abu Sahak dan lain-lain. Mereka merupakan pedagang-mubalugh yang mendapat tempat istimewa di dalam kerajaan Melaka.Sultan sendiri menuntut ilmu daripada mereka ini seperti Sultan Mahmud Shah yang mengunjungi rumah Maulna Yusuf untuk mempelajari kitab Ma'lumat. Kitab-kitab yang dipercayai menjadi pegangan di Melaka ialah al-Dar al-Manzum oleh Ishak al-Shirazi, Ihya Ulumuddin oleh al-Ghazali dan Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi.
Thanks for the information, really appreciate it
ReplyDeleteTerima kasih, info yang sangat berguna
ReplyDeletejangan mencemarkan sejarah kami dengan permainan maksiat mu
ReplyDelete