ASAL USUL MELAKA

PENGENALAN

Kesultanan Melayu Melaka diasaskan oleh seorang putera dari Palembang iaitu Parameswara di antara tahun 1400 hingga tahun 1403.Ia merupakan sebuah kerajaan Melayu tertua dalam sejarah tanah Melayu sejak abad ke-15.Menurut kajian yang mutakhir, sarjana ada mengemukakan dalam naskhah Melayu agung,Sulalatus Salatin  bahawa Kerajaan Melayu telah diasaskan pada tahun 1262.

Parameswara, pengasas kerajaan Melaka
Parameswara putera raja dari Palembang telah terlibat dalam peperangan merebut takhta Kerajaan Majapahit pada akhir abad ke-14.Setelah ditumpaskan oleh Majapahit,baginda telah lari mencari perlindungan ke Temasik yang pada ketika itu dikuasai oleh Siam.Setelah diusir dari Temasik oleh penjajah dari Siam,pada tahun 1396,beliau dan pengikut-pengikutnya mengundurkan diri ke Muar dan kemudianya ke Sungai Ujong sebelum singgah di Bertam iaitu berdekatan dengan Muara Sungai Melaka.

Pada abad ke-15 dan ke-16, pemerintahan Prameswara berkembang pesat dan menjadi sebuah pelabuahan yang terpenting di Kepulauan Melayu. Tambahan pula, Melaka merupakan tempat perdagangan rempah yang berfungsi sebagai pintu kepada negeri-negeri rempah untuk memasarkan rempah mereka.Hal ini dapat digambarkan menerusi Duarte Barbosa yang berkata : 

"Sesiapa yang mengusai Melaka, dia dapat menguasai dunia."

Antara faktor-faktor yang menyumbang kepada Melaka menjadi sebuah negeri yang maju adalah kerana pelabuhannya terlindung daripada ancaman Monsun Barat Daya dan Monsun Timur Laut. Pedagang-pedagang dari Jawa, Arab, China dan lain-lain dapat berlindung di Melaka sehinggalah keadaan selamat untuk mereka ke laut semula. Selain itu, ekonomi Melaka semakin meningkat disebabkan ramai pedagang memilih untuk berlabuh di Melaka. Melaka juga terkenal sebagai pusat penyebran ilmu. Hal ini menjadikan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang gemilang pada zaman itu.


Melaka sebagai pusat pelabuhan




5 comments:

Cadangan/komen anda: