FAKTOR EKONOMI
Dalam kurun ke-15, Melaka telah berkembang menjadi sebuah emporium yang penting. Menurut kata Tom Pires, ‘sebegitu penting serta menguntungkan hingga pada pandangan saya tiada bandingannya dalam dunia ini’. Hal ini menunjukkan bahawa pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka adalah sebuah kerajaan yang agung sebagai pusat perdagangan.
Mengikut Sejarah Melayu, Melaka digelar oleh orang Arab sebagai “Malakat” iaitu perhimpunan segala dagang-dagang. Ini bermakna pedagang-pedagang dari seluruh dunia melakukan aktiviti perdagangan di pelabuhan Melaka pada abad ke-15 dan abad ke-16. Pedagang-pedagang ini terdiri daripada pelbagai bangsa.
Dari segi sejarahnya ternyata bahawa Melaka adalah sebuah negara kota dan pelabuhan yang cukup terkenal, khasnya pada ke-15 dan abad ke-16. Kemajuan dan kemakmuran Melaka adalah kerana beberapa faktor. Antaranya ialah kedudukan geografinya yang strategik. Hal ini adalah kerana Melaka terletak di tengah-tengah perjalanan antara Timur dan Barat yang dapat menghubungkan antara kumpulan pedagang-pedagang dari Asia Barat dan Eropah, Asia Selatan(India), Burma, kawasan serantau di Alam Melayu, Indochina, Asia Timur(China, Jepun dan Korea).
Melaka menjadi tumpuan para pedagang. |
Disamping itu, pada abad ke-15 dan ke-16 Melaka telah menjadikan pelabuhan sebagai tempat persinggahan. Melaka juga mempunyai persediaan yang baik untuk memenuhi kehendak fizikal pedagang. Umpamanya gudang bawah tanah dibina untuk sausagar-saudagar menyimpan barangan mereka. Oleh itu, pemilihan sebuah tapak disifatkan sebagai satu perkara yang amat penting untuk kejayaan untuk dijadikan pelabuhan perdagangan. Ia terletak di persimpangan dari angin dan jauh dari paya bakau, sementara pintu pelabuhannya pula adalah rangkaian hubungan untuk membolehkan kapal besar masuk berlabuh. Hal ini kerana, di perairan Selat Melaka lautnya adalah dalam.
Peranan orang laut juga penting dalam perdagangan. Orang Laut amat ditakuti, tetapi penuh perasaan taat setia, bertugas melindungi para langganan Melaka sambil melakukan pembalasan terhadap saingan Melaka. Melaka juga dikenali sebagai pelabuhan entreport. Pelabuhan ini dibina di muara-muara sungai.
Orang Laut menjaga keamanan di laut. |
PENGGUNAAN MATA WANG.
Menggunakan mata wang logam yang diperbuat daripada timah dipanggil calains dan wang emas, wang perak, dan wang timah dari Pedir, Pasai Kembayat dan Gujerat.
Dalam sistem perniagaan ekonomi di Melaka, pengunaan matawang adalah penting. Urusan perniagaan mempunyai dua bentuk, iaitu pertama melalui system tukar barang dan kedua menerusi proses penjualan dan pembelian. Matawang yang digunakan dalam urusan jual beli adalah diperbuat daripada ‘colains’ iaitu dalam bentuk timah. Pada permukaan duit tersebut terdapat nama sultan yang memerintah ketika itu. Tom Pires mendakwa bahawa pengenalan dan penggunaan wang logam ini adalah pengaruh langsung dari tradisi perniagaan Pasai. Emas dan perak juga digunakan dalam urusniaga dan bukan sahaja untuk dijadikan barang pasaran. Pertukaran matawang berlaku apabila orang tempatan melakukan urusan jual beli dengan Pasai. Hal ini dibuktikan apabila seratus colains dikatakan bersamaan dengan tiga cruzades.
SISTEM SUKATAN DAN TIMBANGAN.
alat timbangan yang digunakan. |
KEKAYAAN HASIL MAHSUL.
Kekayaan hasil mentah di Melaka menjadi tumpuan masyarakat antarabangsa. |
Kekayaan hasil mahsulnya juga menjadi salah satu faktor yang membawa kepada kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka. Faktor inilah yang menjadi daya penarik kepada masyarakat antarabangsa untuk tertumpu di negeri Melaka. Hal ini disebabkan mereka menyedari tentang tingginya nilai hasil mahsul yang terdapat di Melaka ini. Antaranya, seperti hasil hutan iaitu cengal, damar, rotan dan sebagainya. Selain itu Melaka turut masyhur disebabkan kekayaan hasil rempahnya. Sebagai buktinya, kira-kira pada tahun 1506, Raja Portugal telah mendapat maklumat tentang kemakmuran perdagangan Melaka . Antara maklumat yang diperolehinya itu adalah dihantar oleh Vasco da Gama iaitu ahli pelayaran barat. Malah dalam Regimento, bertarikh 16 April 1506, Raja Portugal antara lain telah membangkitkan tentang hal ehwal Melaka. Antaranya mengenai kekayaan dan hasil mahsulnya, kebesaran negeri Melaka raja-raja Melaka, tentang orang Islam, perdagangan yang berlangsung di Melaka, harga-harga barang serta kegiatan perkapalannya.
KEGIATAN PERTANIAN
Kegiatan pertanian turut menjadi penyumbang kepada kemasyhuran Kerajaan Melayu Melaka. Ketika itu kegiatan pertanian adalah begitu penting hinggakan kegiatan pertanian telah dijamin oleh undang- undang negeri Melaka yang telah memperuntukkan tentang hak ketuanan (pengerjaan) tanah, cara membela binatang ternakan, dan juga cara berjual beli binatang ternakan Namun begitu pada umumnya tanah adalah milik Raja, tetapi rakyat masih boleh untuk mengerjakan tanah seberapa banyak yang mereka mampu. Namun begitu mereka tidak boleh untuk memiliki tanah tersebut.
Gambaran aktiviti pertanian zaman Kesultanan Melayu Melaka. |
Kemudiannya, para pembesar biasanya akan ditugaskan untuk mengutip cukai atau membeli hasil tanaman atau hasil hutan daripada rakyat. Selain itu, rakyat juga boleh dikerah oleh para pembesar dan Raja untuk bekerja di tanah mereka. Oleh sebab itu, keperluan kehidupan rakyat hanyalah cukup untuk hidup ataupun dalam kata lain pertanian rakyat Melaka ketika itu hanyalah berdasarkan kepada sistem sara diri.
SISTEM PENGURUSAN PENTADBIRAN EKONOMI YANG CEKAP.
Undang-undang Laut Melaka. |
Pegawai kerajaan yang menjalankan tugas dalam pentadbiran pelabuhan ialah Shahbandar. Shahbandar bertanggungjawab untuk mengendalikan cukai pelabuhan, menerima wakil pedagang dari luar negeri, menyediakan rumah tumpangan untuk pedagang dari luar negeri dan menyediakan kawasan perkampungan saudagar.
Malah sumber-sumber China turut menyatakan tentang rumah-rumah tumpangan dan layanan yang istimewa di Melaka. Selain itu juga sumber Portugis ada menyatakan yang terdapat gudang-gudang di Melaka yang telah dibina dari batu batan dan ditempatkan dibahagian bawah tanah bagi mengelakkan terlibat dalam kebakaran. Bahkan sumber-sumber luaran juga ada menjelaskan tentang wujudnya Nakhoda dan Ku Lang Kaya Kaya (Orang Kaya Kaya) yang mana berfungsi bagi memudahkan hubungan diantara pelbagai bangsa. Malah sebuah jabatan khas turut ditubuhkan bagi memudahkan cara berkomunikasi dan jawatan jurubahasa juga telah diwujudkan. Sebagai buktinya pada tahun 1509 terdapat orang Portugis yang hendak berjumpa dengan pedagang Cina di Pelabuhan Melaka, maka seorang jurubahasa telah digunakan.. Kawasan perkampungan saudagar turut disediakan oleh Jabatan Shahbandar. Kampung Kling, Kampung Cina dan Kampung Jawa menjadi kawasan perkampungan yang utama dan terkenal.
Pengurusan pentadbiran ekonomi di Melaka ketika itu juga melaksanakan cukai perdagangan yang dikenakan keatas setiap barang import. Sebagai contoh, barang-barang dagangan yang dibawa masuk dari Tanah Arab ,India dan Pegu akan dikenakan cukai import sebanyak enam peratus daripada nilai hasil dagangannya. Barang-barang dari Timur seperti Annam , China ,Kemboja ,Pulau Ryukyu(Jepun), Maluku dan Jawa biasanya tidak akan dikenakan sebarang cukai sebaliknya para saudagar ini akan memberi persembahan kepada raja. Setiap nilai persembahan adalah bergantung kepada nilai taksiran yang bakal diberikan oleh pegawai kastam. Pada dasarnya Raja dan pembesarlah yang akan menerima barang persembahan dari saudagar-saudagar dari luar negeri. Pedagang Melaka pula hanya dikehendaki membayar cukai sebanyak tiga peratus dari nilai hasil dagangannya.
Cukai harta juga dikenakan oleh Kerajaan Melaka ke atas setiap hartanah atau rumah yang telah dijual. Malah mereka juga perlu mendapat keizinan sultan atau pembesar sebelum menjual sebarang harta mereka. Setiap hasil daripada kutipan cukai yang dikenakan akan digunakan untuk pembiayaan pertahanan Melaka dan juga pembiayaan ekonomi kaum kerabat.
Subhanallah
ReplyDeleteInfo yang bagus. Tetapi akan jadi lebih baik jika membuat dalam bentuk point untuk faktor atau contoh yang berkenaan. Supaya orang yang mencari maklumat faham dan tahu apa isi yang disampaikan.
ReplyDeleteKalau nak buat penulisan, make sure ayat jangan panjang lebar.
But, it is nice article. I like it.
betul..saya setuju
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteX betul....
ReplyDeleteapakah maksud colains dan crzades
ReplyDeletecruzades
ReplyDeleteperang sabit
Deletethis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemohon izin guna gambar ya utk slaid
ReplyDelete